Tuesday, September 4, 2007

BISKUT TINTAN KELAPA


Bahan-bahannya

1 cawan kelapa kering

1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanilapewarna hijau (jika suka)sedikit kismis utk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

BISKUT BADAM BERKOPI NESTUM

Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri, diayak
1 1/2 cawan bijirin NESTUM
1 1/2 cawan serbuk badam
200 gram mentega atau majerin
150 gram gula kastor
1 biji telur
2 camca besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan
2 camca besar air panaskacang hazelcoklat masakan cair,
coklat dan putih

Cara-caranya
1. Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan.
2. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung.
3. Ambil satu camca teh adunan, bentukkan ke bebola kecil. Letak diatas dulang pmebakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit adunan dan hias dengan kacang hazel.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit.
5. Bila biskut sudah sejuk, jika suka hias dengan kedua-dua coklat masakan cair.

ALMOND SHORTBREAD COOKIES


Bahan-bahannya

12 oz top flour

8 oz mentega

6 oz gula kaster

2 oz badam, dikisar halus

1 biji kuning telur

1 oz chocolate, diparutsecukup

coklat mohrenglanz, dicairkan

secukup coklat putih


Cara-caranya

1. Cairkan secukup coklat hitam dan coklat putih menggunakan teknik double boil dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan badam kisar, coklat parut dan tepung dan gaul rata.
4. Alaskan kertas kuih yang telah digris dengan mentega pada loyang ukuran 14 x 11 x 1 inci. Tuang dan ratakan adunan, tekan sikit kasi mampat.
5. Bakar pada suhu 150 darjah C sehingga ia masak.
6. Setelah masak sapukan coklat yang telah dicarikan diatasnya dan dengan cepat pipekan coklat putih dan lorekkan designnya dan gunakan acuan biskut untuk memotong sewaktu biskut masih panas. Kalau dah sejuk biskut keras susah nak potong.
Nota: Lagi satu cara untuk menghias biskut adalah apabila sudah sapukan coklat hitam diatas biskut tabur kacang badam yang telah dicincang dan kemudian potong semasa biskut masih panas. Cara ini lebih cepat sedikit dari kita membuat design menggunakan coklat putih diatas biskut.

Sunday, September 2, 2007

Conflakes Roll

cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan tepung sagu
1 bungkus korma (dibuang biji dan dihiris panjang-panjang)
sedikit conflakes diramas
1 cawan mentega
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
1 sudu teh essn vanilla

1. Kacau mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan vanilla.
3. Setelah itu masukkan 3 jenis tepung (sagu, gandum, jagung)
4. Uli tepung hingga lembut. Kemudian diterap (potong panjang agak-agak 5~6cm)
5. masukkan sepotong kurma dan digulung (macam bantak peluk)
6. Sapu sedikit kuning telor (bahagian atas) dan tabur conflakes.
7. Masukkan dalam oven (suhu 180 degree Cel)

Biskut Tat Nenas

Bahan-bahan
1kg. tepung gandum
2 senduk tepung jagung
kedua-dua tepung diayak bersama
2 senduk gula halus
2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk
2 biji kuning telur, dipukul
air ais secukupnya
Jem nenas yang kental secukupnya

Cara Menyediakannya
1. Campurkan gula halus ke dalam tepung.
2. Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb.
3. Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh. Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais.
4. Uli sehingga menjadi sebuku adunan.
5. Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam petiais kira-kira dua jam sebelum dicanai.

Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan)
3 biji nenas masak
2 cawan gula pasir
1 biji limau nipis, ambil airnya
5 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 helai daun pandan

Cara Membuatnya
1. Nenas diparut dan diperahkan airnya.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Kacau hingga kering.
3. Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental. Sejukkan sebelum digunakan.

Biskut Sarang Semut

Bahan:
¾ cawan gula halus
1 cawan tepung sagu
1 biji telur ayam ambil kuningnya
¾ cawan majerin planta
tepung gandum ,agak-agak kerasnya adunan.
panili (boleh didapati dikedai runcit or pasaraya)
½ cawan kelapa parut dalam tin
pewarna kuning
coklat rice
cawan kertas

alatan : pemarut adunan (bentuknya macam pemarut kelapa tapi kecil)

Cara:
1.Gula dan majerin dipukul sampai kembang.
2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3.masukkan panili dan sedikit pewarna kuning.
4.Masukkan kelapa parut, tepung sagu dan akhir sekali tepung gandum, digaul pakai tangan. Dapatkan satu doh yang boleh di parut menggunakan pemarut, kalau agak lembik tambah tepung gandum lagi
5.Doh yang dah diparut dimasukkan kedalam cawan kertas (macam sarang le), dan taburkan coklat rice diatasnya (umpama semut)..
6.Bakar dalam oven api sederhana selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Gajus Bercoklat

250gm mentega
300gm tepung gandum
200gm brown sugar
100gm gajus kisar
sedikit garam
secukup coklat mohrenglanz
secukup gajus untuk hiasan
secukup mangkuk kertas

1. Pukul mentega dan gula sehingga rata. Kemudian masukkan gajus kisar dan gaul rata.
2. Masukkan garam, dan tepung sedikit sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas (mengisi setengah mangkuk kertas), kemudian dibakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 10-15 minit atau sehingga masak.
4. Setelah sejuk, cairkan coklat mohrenglaz (menggunakan cara double boiling) dan tuangkan coklat ke atas biskut. Kemudian, letakkan sebiji gajus diatasnya.