Tuesday, September 4, 2007

BISKUT TINTAN KELAPA


Bahan-bahannya

1 cawan kelapa kering

1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanilapewarna hijau (jika suka)sedikit kismis utk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

BISKUT BADAM BERKOPI NESTUM

Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri, diayak
1 1/2 cawan bijirin NESTUM
1 1/2 cawan serbuk badam
200 gram mentega atau majerin
150 gram gula kastor
1 biji telur
2 camca besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan
2 camca besar air panaskacang hazelcoklat masakan cair,
coklat dan putih

Cara-caranya
1. Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan.
2. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung.
3. Ambil satu camca teh adunan, bentukkan ke bebola kecil. Letak diatas dulang pmebakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit adunan dan hias dengan kacang hazel.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit.
5. Bila biskut sudah sejuk, jika suka hias dengan kedua-dua coklat masakan cair.

ALMOND SHORTBREAD COOKIES


Bahan-bahannya

12 oz top flour

8 oz mentega

6 oz gula kaster

2 oz badam, dikisar halus

1 biji kuning telur

1 oz chocolate, diparutsecukup

coklat mohrenglanz, dicairkan

secukup coklat putih


Cara-caranya

1. Cairkan secukup coklat hitam dan coklat putih menggunakan teknik double boil dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan badam kisar, coklat parut dan tepung dan gaul rata.
4. Alaskan kertas kuih yang telah digris dengan mentega pada loyang ukuran 14 x 11 x 1 inci. Tuang dan ratakan adunan, tekan sikit kasi mampat.
5. Bakar pada suhu 150 darjah C sehingga ia masak.
6. Setelah masak sapukan coklat yang telah dicarikan diatasnya dan dengan cepat pipekan coklat putih dan lorekkan designnya dan gunakan acuan biskut untuk memotong sewaktu biskut masih panas. Kalau dah sejuk biskut keras susah nak potong.
Nota: Lagi satu cara untuk menghias biskut adalah apabila sudah sapukan coklat hitam diatas biskut tabur kacang badam yang telah dicincang dan kemudian potong semasa biskut masih panas. Cara ini lebih cepat sedikit dari kita membuat design menggunakan coklat putih diatas biskut.

Sunday, September 2, 2007

Conflakes Roll

cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan tepung sagu
1 bungkus korma (dibuang biji dan dihiris panjang-panjang)
sedikit conflakes diramas
1 cawan mentega
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
1 sudu teh essn vanilla

1. Kacau mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan vanilla.
3. Setelah itu masukkan 3 jenis tepung (sagu, gandum, jagung)
4. Uli tepung hingga lembut. Kemudian diterap (potong panjang agak-agak 5~6cm)
5. masukkan sepotong kurma dan digulung (macam bantak peluk)
6. Sapu sedikit kuning telor (bahagian atas) dan tabur conflakes.
7. Masukkan dalam oven (suhu 180 degree Cel)

Biskut Tat Nenas

Bahan-bahan
1kg. tepung gandum
2 senduk tepung jagung
kedua-dua tepung diayak bersama
2 senduk gula halus
2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk
2 biji kuning telur, dipukul
air ais secukupnya
Jem nenas yang kental secukupnya

Cara Menyediakannya
1. Campurkan gula halus ke dalam tepung.
2. Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb.
3. Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh. Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais.
4. Uli sehingga menjadi sebuku adunan.
5. Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam petiais kira-kira dua jam sebelum dicanai.

Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan)
3 biji nenas masak
2 cawan gula pasir
1 biji limau nipis, ambil airnya
5 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 helai daun pandan

Cara Membuatnya
1. Nenas diparut dan diperahkan airnya.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Kacau hingga kering.
3. Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental. Sejukkan sebelum digunakan.

Biskut Sarang Semut

Bahan:
¾ cawan gula halus
1 cawan tepung sagu
1 biji telur ayam ambil kuningnya
¾ cawan majerin planta
tepung gandum ,agak-agak kerasnya adunan.
panili (boleh didapati dikedai runcit or pasaraya)
½ cawan kelapa parut dalam tin
pewarna kuning
coklat rice
cawan kertas

alatan : pemarut adunan (bentuknya macam pemarut kelapa tapi kecil)

Cara:
1.Gula dan majerin dipukul sampai kembang.
2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3.masukkan panili dan sedikit pewarna kuning.
4.Masukkan kelapa parut, tepung sagu dan akhir sekali tepung gandum, digaul pakai tangan. Dapatkan satu doh yang boleh di parut menggunakan pemarut, kalau agak lembik tambah tepung gandum lagi
5.Doh yang dah diparut dimasukkan kedalam cawan kertas (macam sarang le), dan taburkan coklat rice diatasnya (umpama semut)..
6.Bakar dalam oven api sederhana selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Gajus Bercoklat

250gm mentega
300gm tepung gandum
200gm brown sugar
100gm gajus kisar
sedikit garam
secukup coklat mohrenglanz
secukup gajus untuk hiasan
secukup mangkuk kertas

1. Pukul mentega dan gula sehingga rata. Kemudian masukkan gajus kisar dan gaul rata.
2. Masukkan garam, dan tepung sedikit sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas (mengisi setengah mangkuk kertas), kemudian dibakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 10-15 minit atau sehingga masak.
4. Setelah sejuk, cairkan coklat mohrenglaz (menggunakan cara double boiling) dan tuangkan coklat ke atas biskut. Kemudian, letakkan sebiji gajus diatasnya.

Biskut Chocolate Oats

12 oz mentega (1 ½ cube bar)
12 oz gula caster (1 ½ cawan)
14 oz tepung gandum (3 ½ cawan) } Diayak
2 oz koko Vanhouten (½ tin kecil ) } bersama2.
1 sudu kecil banking powder }
4 biji kuning telur
4 sudu teh air
Oats dan kacang tanah utk hiasan.

Cara2nya.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Pukul kuning telur dan air sehingga kembang
3. Tepung gandum, banking powder dan koko diayak sekali
4. masukkan telur dan tepung berselang seli kedalam adunan mentega. Jika adunan lembut masukkan tepung.
5. Bentukkan adunan seperti guli, golekkan dalam puteh telur yang telah di pukul sedikit. Lepas tu golekkan kedalam oats pulak.
6. Bubuh ke atas nya kacang tanah sebagai hiasan dan dibakar sehingga masak.

Biskut Badam

Bahan:
1¾ cawan mentega
¾ cawan gula pasir yang dah dikisar
3 cawan tepung gandum
100g badam kisar
100g badam dibuang kulit dan dihiris nipis
½ cawan tepung jagung
2 biji kuning telur - untuk disapu atas biskut

cara:
1. gula dan mentega digaul rata
2. masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit, gaul sampai sebati
3. masukkan badam kisar tadi, uli sehingga sebati
4. terapkan ikut acuan kesukaan anda
5. sapukan kuning telur dan susun badan hiris di atas setiap terapan
6. bakar laa... apa lagi... bakar macam buat biskut biasatu. Tak ingat berpa degree sebab main hantam je bakar dalam oven tu..

MAMA CARRIES


Bahan-bahannya

225 gm butter

75 gm gula icing

2 biji kuning telur

300 gm tepung gandum

90 gm tepung jagung

15 gm susu tepung (kita hentam susu baby jer...)

1 tsb esen vanila

1 sudu teh emplex (yg ni kita tambah sendiri...)


Pukul butter ngan gula hingga kembang...

Masukkan telur merah dan esen vanila, susu tepung, gandum dan tepung jagung.

Uli hingga sebati. Terap. Letakkan topping dan bakar selama lebih kurang 20-30minit pada suhu 180'C.


Topping

30 gm putih telur

150 gm gula icing

1 sudu besar tepung jagung

Esen vanila

Pewarna Pink


Pukul putih telur dan gula hingga pekat. Masukkan tepung jagung dan esen.

Bahagi 2, satu diwarnakan dengan warna merah jambu.

BISKUT KURMA ARABIAN NIGHT


Bahan A

300 gram kurma

100 gram kacang tanah

*bahan diatas digaulkan bersama dan dibulatkan


Bahan B

150 gram minyak sapi

150 gram mentega

200 gram gula aising

350 gram tepung gandum

500 gram tepung jagung

2 biji kuning telur

sedikit garam

sedikit pewarna cochineal merah, epal hijau dan kuning telur


Cara-caranya

1. Putar mentega, gula, garam, minyak sapi dan kuning telur sehingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul hingga rata.

3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.

4. Ambil sedikit setiap bahagian warna tadi. Letakkan Bahan A (inti) ketasnya. Kemudian bentukkan bulat dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.

5. Bakar dalam suhu 180 darjah C selama 30 minit.

PISTACHIO DELICACY

Bahan-bahannya
100 gram mentega
100 gram top flour, diayak
50 gram gula kaster
40 gram quaker oat, dikisar
20 gram tepung beras
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh emplex
1/2 sudu teh serbuk vanilla secukup
coklat putih dicairkansecukup
pistachio, bikar dan dikisar kasar

Cara-caranya
Mentega, garam, emplex, vanilla dan gula dikacau rata.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli sehingga rata.
Canai dan terap dengan acuan air mata,
bakar selama 12 - 15 minit dengan kepanasan 160 darjah C.
Angkat dan sejukkan.
Sapukan coklat putih cair diatas biskut dan taburkan pistachio.
Biarkan sebentar baru boleh disimpan.

BISKUT COFFEE BEAN

Bahan A
270 gram mentega, dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil
300 gram tepung Hong Kong, diayak
180 gram tepung gandum, diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes, dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean untuk hiasan

Bahan B
1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi
310 gram icing sugar atau secukupnya

Cara untuk Bahan A
Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul dengan "K" beater sehinga rata dan sebati.
Masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga rata.
Perapkan selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150 darjah C.
Ambil sedikit adunan, canai rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm.
Atur dalam dulang biskut dan bakar selama 25 - 30 minit atua sehingga garing dan masak. Hiaslah setelah sejuk.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan jus limau dipukul dengan menggunakan "K" beater sehingga rata.
Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga sebati.
Semasa hendak digunakan isikan dalam piping bag dan picit.

Cara menghias Biskut
Picitkan sedikit bahan B diatas bintang 3 cm.
Kemudian aturkan bintang kecil diatasnya.
Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean.

Friday, August 31, 2007

Nescafe Cookies

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
1 cwn gula castor
1 sb nescafe } disatukan
1 sb air panas }
1 st coffee oil }
2 biji kuning telur
1 st vanila esen
1 1/4 cwn butter

Cara-cara
1. Gula dan butter dipukul.
2. Masukkan kuning telur dan kacau.
3. Tuangkan nescafe, vanila.
4. Masukkan campuran tepung tadi dan uli.

Pandan Classic




Bahan-bahan
1 1/2 cwn butter
1 cwn gula icing
2 biji kuning telur
1 camca besar esen vanilla
3 cwn tepung jagung (diayak)
1 cwn tepung gandum (diayak)
sedikit garam halus
1 sudu kecil pes pandan
1 sude kecil pewarna hijau epal
2 biji kuning telur untuk sapuan - tambahan dlieya
cocoa crunch secukupnya untuk hiasan

Cara Membuatnya
1. Gula icing dipukul dgn mentega hingga lembut/kembang
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla, pes pandan & pewarna hijau epal
3. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak ke dlm adunan (gunakan tangan dan uli dengan lembut)
4. Canai dan terap mengikut citarasa sendiri
5. Sapu kuning telur dan letak 1 biji cocoa crunch
6. Bakar hingga masak

Biskut Royal jelly

Bahan-bahan:
½ tin gula castor
1 1/2 tin mentega (seketul pun boleh)
2 1/2 tin tepung gandum
1 biji telur (diambil kuningnya)
sedikit baking powder
esen vanilla

HIASANNYA
Jem strawberryKelapa dalam tin

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang pastu masukkan telur dan esen.
2. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder.
3. Uli hingga menjadi doh.
4. Terap.
P/s: Sukatan gunakan tin susu yang rendah tu.

Krenten Cookies

Bahan-bahan
125 gm gula halus
250 gm mentega
225 gm tepong gandum
50 gm buah-buahan kering
2 biji merah telor
4 biji putih telor
1 camca baking powder
½ camca serbok vanilla

Cara-cara
1. Gula, mentega, vanilla dipukul sampai naik.
2. Lalu masukkan telur dan dipukul terus, kemudian masukkan tepong gandum, buah-buahan kering, kacau rata dan masukkan pula putih telor yang telah dipukul keras, kacau hingga sebati dan dipicit ke dalam loyang yang telah bersapu mentega lalu dibakar.

Biskut Orange Daisies

Bahan-bahan

Bahan biskut:
250 gm mentega
55 gm gula aising
210 gm tepung gandum
230 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Bahan topping:
160 gm mentega
160 gm tepung gandum
60 gm gula aising
60 gm tepung custard
2 sudu kecil pes oren

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga manjadi doh. Canai dan terap.
3. Untuk topping, pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan pes oren dan tepung.
5. Uli hingga menjadi doh lembut.
6. Masukkan ke dalam nozel dan picitkan ke atas doh yang sudah diterap tadi.

Japanese Crisp Cookies

Bahan
200gm butter
150gm icing sugar
1 biji kuning telur
125gm quaker oats
20gm tepung jagung
50gm tepung susu
100gm mixed fruits
1/2 sudu teh vanilla
35gm badam cincang [dibakar/sangan/ i terlebih dahulu]
80gm tepung gandum
100gm cornflakes [dihancurkan terlebih dahulu]
Merah telur untuk disapu

Caranya
Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu.
Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dlm adunan.
Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri.
Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar.
Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

Cadangan

Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana. Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.

Biskut Halia

Bahan-bahan
90 gm mentega
1 biji kuning telor
½ camca bicarbonate soda + 1 camca air panas
3 sudu makan susu pekat
1 sudu makan halia muda parut
2 sudu dmakan gula halus
½ sudu tea Nescafe
125 gm tepong gandum
Sedikit garam dan serbuk kayu manis

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telor, halia, bicarbonate of soda dan susu pekat pukul hingga rata.
2. Masukkan pula hana yang diayak, gaul hingga sebati dan taruh dalam loyang yang telah disapukan mentega kira-kira 1 sudu tea penuh dan bakar.

Biskut Rempah

Bahan-bahan
200 gm mentega
175 gm gula halus
50 gm tepong kanji digoreng
2 biji merah telor
1 biji putih telor
1 camca rempah kueh
¼ camca baking powder
½ camca serbuk penaik
Sedikit badam hiris
Tepung gandum secukupnya

Cara Membuatnya
Mentega, gula, vanilla dipukul sampai naik, masukkan telur, baking powder dan dipukul terus.
Kemudian masukkan rempah kueh dan tepong kanji goring kacau rata.
Akhir sekali masukkan tepong gandum secukupnya dan kacau rata.
Kemudian dicanai dan terap persegi panjang, lalu sapukan merah telor serta diaturkan badam hiris lalau dibakar.

Biskut Coklat Tak Ada Chips


Bahan-bahan
300 gm gula kaster
150 gm butter
150 gm vegetable shortening
3 biji telor, pukul sebentar
1 1/2 suduteh esen vanila
450 gm tepung gandum (tepung gandum + tpg jagung ayak bersama)
210 gm tepung jagung
300 gm white chocolate, cincang-cincang
300 gm cooking chocolate, cincang-cincang
1 cawan kekacang (your choice - suka hati la nak bubuh kacang apa pun)
tapi pastikan kekacang tu toast dulu dan sejukkan bagi rangup.

Cara Membuatnya
1. Putar gula kaster dengan mentega dan vegetable shortening sampai gebu.
2. Add in telor, esen vanila, tepung gandum + tepung jagung. Putar sebati.
3. Masukkan coklat putih dan coklat masakan + kekacang dan gaul sebati.
4. Bubuh secamca sedang adunan ke atas tin pembakar dan leperkan sikit dengan garpu.
5. Bakar hingga keperangan. sejukkan sebelum boh dalam bekas.

Mumbo Roll Biskut

Bahan-bahan
1 kuning telor
150 gm mentega
250 gm tepong gandum
50 gm tepong self raising
½ sudu baking powder
100 gm gula
Essence strawberry, essence pisang, chocolate paste, warna merah, hijau
(600 gm 2 bahagian) 1 bahagian merah jambu, hijau dan chocolate.

Cara-cara
1. Kacau mentega, gula dan telor hingga rata.
2. Masukkan baking powder dan tepong naik sendiri.
3. Kacau rata dan masukkan tepong gandum.
4. Adunan dibahagi dua dan satu bahagian dibahagikan tiga lagi untuk diwarnakan tiga.
5. Kemudian digiling yang putih dulu dan susunkan adunan yang sudah diwarnakan.
6. Gulung dan masukkan ke dalam peti ais.
7. Setelah sejuk dan agak keras, barulah dikeluarkan dan dipotong sebelum dibakar.

Biskut Cheese

Bahan-bahan:
190 gm mentega
40 gm sugar
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
140 gm top flour
4 sudu makan parmesan
cheesekraft cheese (untuk tabur atas biskut)

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2. Masukkan garam, parmesan cheese, tepung dan kuar rata.
3. Canai dan terap mengikut bentuk kesukaan.
4. Sapu kuning telur dan tabur dengan kraft cheese dan bakar hingga masak.

Chocolate Viennese Fingers

Bahan-bahan
250 gm butter
2 merah telur
350 gm tepong
1 putih telor
80 gm gula powder
2 camca vanilla
100 gm badam dikisar (bakar)
Chocolate coating

Cara Membuatnya
Semua bahan-bahan disatukan dan gaul rata-rata.
Adunan hendaklah dimasukkan dalam piping bag dengan nozel bintang, picitkan di atas dulang pembakar sepanjang 2 inci dan baker hingga masak.
Kemudian celupkan kanan dan kiri biskut ke dalam chocolate.

Bangkit Sagu

Bahan-bahan
1 ½ kati tepong sagu kanji
3 biji telor
8 ozs gula halus secukup bijan untuk tabor
1 ½ buku mentega
½ kati tepong gandum
sedikit vanilla dan baking powder

Cara Membuatnya
-Mentega, gula, vanilla dan baking powder, dipukul hingga putih.
-Kemudian masukkan telur satu-satu dipukul hingga rata dan masukkan kedua-dua tepung dan gaul hingga sebati dan lembut, dicanai dan terap, sapu putih telur dan tabor bijan di atas.
-Bakar dengan api perlahan.

Chocolate Cappucino

Bahan-bahan
140 gm mentega
100 gm badam kisar
100 gm gula icing
½ camca serbuk kayu manis
200 gm tepong
1 biji merah telor
1 sudu makan coffee oil
1 ½ cawan semi sweet chocolate dan 3 sudu makan shortening untuk disapu atas biskut.

Cara Membuatnya

Semua bahan disatukan dan gaul rata-rata.

Kemudian dibentukkan macam guli dan ditekan dengan garpu.

Dibakar, sudah masak sapukan dengan chocolate dan biarkan hingga sejuk.

Biskut Delite

Bahan-bahan A
200g tepung naik sendiri
75g tepung beras
½ camca teh serbuk penaik
50g NESTLE CORNFLAKES (dikisar halus)
100g gula kaster
250g mentega atau majerin
Coklat masakan dicairkan
Hirisan ceri merah

Cara-cara
1. Ayak bersama bahan A, masukkan nestle cornflakes, dan gula, gaul sebati.
2. Uli mentega dgn campuran tepung & gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
3. Canai doh setebal 1 inci dan terap dgn acuan penerap biskut yg disukai.
4. Bakar dalam ketuhar suhu 180’C selama 15-20 minit hingga kuning keemasan 5)Keluarkan dari ketuhar & biarkan sejuk 20 minit, kemudian corakk coklat cair keatas biskut dgn hirisan cerimerah Resepi ni memang tidak menggunakan telur

Chocolate Crackles

Bahan-bahan
4 cawan rice bubbles
1 ½ cawan gula icing
1 cawan desiccated coconut
1 cawan kismis
2 sudu makan cocoa
250 gm mohrenglanze
1 camca vanilla esen

Cara Membuatnya
1. Semua bahan disatukan.
2. Mohrenglaz dicairkan.
3. Tuangkan mohrenglanz ke dalam bahan-bahan tadi dan gaul rata, kemudian taruh dalam paper cup.

Popia Pedas


Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia
400 gram1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.

Tips:-
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.
2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.
3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.

Popia Horlicks


Bahan-bahan
1 pack besar popia

1/2 cwn horlicks

1/2 cwn gula halus - kisar

1 cwn nestum - kisar halus

Lidi satay utk menggulung

Minyak utk menggoreng

Telur sebagai bahan pelekat

Cara:

1. Gulung popia gunakan lidi satay

2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.

3. Buat hingga habis peket popia.

4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.

5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.

6. Goreng dengan api perlahan/kecil.

7. Angkat dan toskan minyak.

8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.

9. Gaul hingga rata.

Biskut Samperit


Bahan-bahan

300g butter

160g gula aising

100g tepung jagung

160g tepung kastard

240g tepung gandum

2 biji kuning telur


Hiasan

Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...


Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit.
6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk.

Biskut Almond London

Bahan-bahan:
1 ketul butter (250g)
4 oz gula perang
1/8 sudu teh sodium bicarbonate
9 oz tepung gandum
1 sudu besar serbuk badam
3 sudu besar tepung hong kwe (packet yang biru)
1 sudu teh vanilla essence
1 cawan badam dibakar
250g coklat masakan
sedikit shortening (lemas sayur) atau cocoa butter

Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula perang hingga kembang then masukkan vanilla essence
2. Ayak tepung gandum, sodium bicarbonate, tepung hong kwe bersama-sama.
3. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan butter & gula tadi. Masukkan serbuk badam. Kalau adunan lembik, tambah lagi tepung hong kwe atau serbuk badam. Jangan tambah tepung gandum, nanti kuih kurang rangup.
4. Bentukkan bulat-bulat dan letakkan badam yang telah dibakar ditengah-tengah (Badam ikut suka, kalau nak kuih tu besar & bentuk oval, letak sebiji, kalau tak letak 1/2 je, so jadi bulat-bulat).
5. Bakar sampai masak & sejukkan.

Untuk salut coklat.
1. Potong coklat masakan jadi kiub. Then cairkan guna double boiler. Masukkan sedikit shortening/cocoa butter untuk mengilatkan coklat.
2. Masukkan kuih yang dah sejuk tadi dalam coklat cair, then kaup guna garpu & terus masukkan dalam paper cup.

Thursday, August 30, 2007

Biskut Dahlia


Bahannya
250 gm. butter
200gm. gula icing
1 biji kuning telur
1 camt. vanila
350 gm tepung gandum
100 gm.tepung ubi
perwarna merah, esen rose dan manik kilat.

Cara Membuatnya
1. Putar butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan vanila dipukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung kedua-duanya gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil adunan timbang 250 gm [3 bahagian] jadikan doh warna asal dan selebihnya letak esen rose sedikit dan pewarna merah dan bahagi 3 bahagian juga.
4. Ambil satu bekas leraikan 1bahagian warna asal dan 1 bahagian warna merah. Dengan berhati-hati jadikan satu bahagian semula nampak macam dot-dot merah dan putih.
5. Ambil acuan [105] masukkan sedikit adunan dan ditekan. [dapat 4 keping biskut].
6. Letak manik tekan sedikit supaya bila dah masak nanti dia tak tertanggal.
7. Bakar seperti buat biskut yang lain juga bila dah masak apa tunggu lagi ngaplah.

Nota :-
Adunan ini tak boleh disimpan terlalu lama nanti ia jadi keras dan susah untuk ditekan.

Crunchy Honey Cookies

Bahan-bahan
1 biji kuning telor
½ camca vanilla
1 camca emplex
2 sudu makan honey
Secukup paparcup cherry merah untuk hiasan
100 gm coco crunch dihancurkan
250 gm top flour
190 gm mentega
80 gm cornflour
150 gm gula halus
100 gm badam cincang

Cara Membuatnya
-Kuning telur, gula, mentega, vanilla, emplex dipukul rata.
-Masukkan honey, top flour, badam, cornflour, coco crunch digaul dengan tangan hingga rata dan sebati.
-Masukkan adunan dalam papercup.
-Masukkan cherry.
-Bakar.

Chocolate Treasure


Untuk base
250gm butter
25 g susu powder
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Untuk topping
2 cwn c/flakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis Cooking chocolate untuk drizzle

Cara Membuatnya
-Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan segala jenis bahan kering tadi dan gaul hingga sebati dan dibulat-bulatkan dan ditekan dalam papercup. Bakar.
-Untuk topping, cairkan white chocolate (buat sikit2) dgn menggunakan kaedah double boiler.
-Sesudah cair masukkan cornflakes, almond nibs, dan golden raisins tadi.
-Gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan tadi. Pastikan jgn terlalu banyak cornflakes nanti tidak melekat.
-Biskut yang dah sejuk tadi disusun dalam talam dan masukkan topping ke atas biskut tu.
-Kemudian cairkan cooking cokelat dan masukkan dalam piping bag dan pipe secara drizzle ke atas topping tadi.
-Biarkan topping nya kering dan simpan.

Biskut Samperit / Butter Cookies

Bahan-Bahannya
180gm mentega (Golden Churn atau SCS)
180gm gula aising
3 biji telur
500gm tepung jagung (Brown & Polson-Cap Kupu-Kupu)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Kacau mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan uli sehingga menjadi adunan lembut.
4. Picitkan adunan dengan menggunakan nozzle aising yang sesuai di atas tin pembakar .
5. Titikkan warna merah sebagai mata dragon. Biarkan biskut selama 2 jam sebelum dibakar.
6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit(light brown).

Nota :
1. Untuk menggelakkan doh dari cepat menjadi keras atau kering, tutup dengan menggunakan tuala yang lembap.
2. Tinggalkan 2 jam atas loyang selepas di terap.(Supaya cookies sebati dan kembang sebelum di bakar. Jadi bila dibakar texturenya lebih cantik dan lembut.) Lepas tu baru bakar.
3. Kalau malas nak tunggu 2 jam, terap dan terus bakar, hasilnya cookies ini, rasanya okay, tapi macam kuih samperit dan agak garing sedikit.
4. Kalau nak jadi lembut dan rapuh (melt in your mouth), kenalah tunggu 2 jam.
5. Kalau dohnya diperap 2 jam, nanti susah pulak hendak dipicit menggunakan nozzle (tepung jagung akan jadi kering / keras dan adunan kena uli lagi dan dicampurkan butter atau telur supaya jadi lembut kembali). 3. Ada juga resepi yang campur 2 - 3 sudu susu tepung tetapi ini bergantung kepada jenis butter yang digunakan, misalnya Buttercup. Kalau anda menggunakan butter Golden Churn atau SCS, tak payah letak. Nanti rasa susu sahaja dan cepat jelak.

Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac


Bahan:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)

600-800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)

16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448g

12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm

1 sudu teh soda bikarbonat

Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot.


Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati. 3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai between 3 & 4 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.