Bahan-bahan1kg. tepung gandum
2 senduk tepung jagung
kedua-dua tepung diayak bersama
2 senduk gula halus
2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk
2 biji kuning telur, dipukul
air ais secukupnya
Jem nenas yang kental secukupnya
Cara Menyediakannya1. Campurkan gula halus ke dalam tepung.
2. Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb.
3. Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh. Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais.
4. Uli sehingga menjadi sebuku adunan.
5. Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam petiais kira-kira dua jam sebelum dicanai.
Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan)3 biji nenas masak
2 cawan gula pasir
1 biji limau nipis, ambil airnya
5 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 helai daun pandan
Cara Membuatnya1. Nenas diparut dan diperahkan airnya.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Kacau hingga kering.
3. Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental. Sejukkan sebelum digunakan.