Tuesday, September 4, 2007

BISKUT TINTAN KELAPA


Bahan-bahannya

1 cawan kelapa kering

1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanilapewarna hijau (jika suka)sedikit kismis utk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

BISKUT BADAM BERKOPI NESTUM

Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri, diayak
1 1/2 cawan bijirin NESTUM
1 1/2 cawan serbuk badam
200 gram mentega atau majerin
150 gram gula kastor
1 biji telur
2 camca besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan
2 camca besar air panaskacang hazelcoklat masakan cair,
coklat dan putih

Cara-caranya
1. Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan.
2. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung.
3. Ambil satu camca teh adunan, bentukkan ke bebola kecil. Letak diatas dulang pmebakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit adunan dan hias dengan kacang hazel.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit.
5. Bila biskut sudah sejuk, jika suka hias dengan kedua-dua coklat masakan cair.

ALMOND SHORTBREAD COOKIES


Bahan-bahannya

12 oz top flour

8 oz mentega

6 oz gula kaster

2 oz badam, dikisar halus

1 biji kuning telur

1 oz chocolate, diparutsecukup

coklat mohrenglanz, dicairkan

secukup coklat putih


Cara-caranya

1. Cairkan secukup coklat hitam dan coklat putih menggunakan teknik double boil dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan badam kisar, coklat parut dan tepung dan gaul rata.
4. Alaskan kertas kuih yang telah digris dengan mentega pada loyang ukuran 14 x 11 x 1 inci. Tuang dan ratakan adunan, tekan sikit kasi mampat.
5. Bakar pada suhu 150 darjah C sehingga ia masak.
6. Setelah masak sapukan coklat yang telah dicarikan diatasnya dan dengan cepat pipekan coklat putih dan lorekkan designnya dan gunakan acuan biskut untuk memotong sewaktu biskut masih panas. Kalau dah sejuk biskut keras susah nak potong.
Nota: Lagi satu cara untuk menghias biskut adalah apabila sudah sapukan coklat hitam diatas biskut tabur kacang badam yang telah dicincang dan kemudian potong semasa biskut masih panas. Cara ini lebih cepat sedikit dari kita membuat design menggunakan coklat putih diatas biskut.

Sunday, September 2, 2007

Conflakes Roll

cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan tepung sagu
1 bungkus korma (dibuang biji dan dihiris panjang-panjang)
sedikit conflakes diramas
1 cawan mentega
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung jagung
1 sudu teh essn vanilla

1. Kacau mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan vanilla.
3. Setelah itu masukkan 3 jenis tepung (sagu, gandum, jagung)
4. Uli tepung hingga lembut. Kemudian diterap (potong panjang agak-agak 5~6cm)
5. masukkan sepotong kurma dan digulung (macam bantak peluk)
6. Sapu sedikit kuning telor (bahagian atas) dan tabur conflakes.
7. Masukkan dalam oven (suhu 180 degree Cel)

Biskut Tat Nenas

Bahan-bahan
1kg. tepung gandum
2 senduk tepung jagung
kedua-dua tepung diayak bersama
2 senduk gula halus
2 buku butter, especially SCS yang masih sejuk
2 biji kuning telur, dipukul
air ais secukupnya
Jem nenas yang kental secukupnya

Cara Menyediakannya
1. Campurkan gula halus ke dalam tepung.
2. Butter dipotong kecil-kecil dan digaul ramaskan ke dalam tepung hingga menjadi breadcrumb.
3. Masukkan kuning telur dan aduk hingga sebati dan menjadi sebuku doh. Sekiranya masih berderai, tambahkan sedikit air ais.
4. Uli sehingga menjadi sebuku adunan.
5. Bungkuskan dalam plastik dan simpan dalam petiais kira-kira dua jam sebelum dicanai.

Bahan-bahan utk jem nenas (untuk dua adunan)
3 biji nenas masak
2 cawan gula pasir
1 biji limau nipis, ambil airnya
5 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 helai daun pandan

Cara Membuatnya
1. Nenas diparut dan diperahkan airnya.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama air limau nipis, cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan. Kacau hingga kering.
3. Kemudian masukkan gula dan terus dikacau lagi hingga kental. Sejukkan sebelum digunakan.

Biskut Sarang Semut

Bahan:
¾ cawan gula halus
1 cawan tepung sagu
1 biji telur ayam ambil kuningnya
¾ cawan majerin planta
tepung gandum ,agak-agak kerasnya adunan.
panili (boleh didapati dikedai runcit or pasaraya)
½ cawan kelapa parut dalam tin
pewarna kuning
coklat rice
cawan kertas

alatan : pemarut adunan (bentuknya macam pemarut kelapa tapi kecil)

Cara:
1.Gula dan majerin dipukul sampai kembang.
2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3.masukkan panili dan sedikit pewarna kuning.
4.Masukkan kelapa parut, tepung sagu dan akhir sekali tepung gandum, digaul pakai tangan. Dapatkan satu doh yang boleh di parut menggunakan pemarut, kalau agak lembik tambah tepung gandum lagi
5.Doh yang dah diparut dimasukkan kedalam cawan kertas (macam sarang le), dan taburkan coklat rice diatasnya (umpama semut)..
6.Bakar dalam oven api sederhana selama lebih kurang 20 minit.

Biskut Gajus Bercoklat

250gm mentega
300gm tepung gandum
200gm brown sugar
100gm gajus kisar
sedikit garam
secukup coklat mohrenglanz
secukup gajus untuk hiasan
secukup mangkuk kertas

1. Pukul mentega dan gula sehingga rata. Kemudian masukkan gajus kisar dan gaul rata.
2. Masukkan garam, dan tepung sedikit sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas (mengisi setengah mangkuk kertas), kemudian dibakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 10-15 minit atau sehingga masak.
4. Setelah sejuk, cairkan coklat mohrenglaz (menggunakan cara double boiling) dan tuangkan coklat ke atas biskut. Kemudian, letakkan sebiji gajus diatasnya.

Biskut Chocolate Oats

12 oz mentega (1 ½ cube bar)
12 oz gula caster (1 ½ cawan)
14 oz tepung gandum (3 ½ cawan) } Diayak
2 oz koko Vanhouten (½ tin kecil ) } bersama2.
1 sudu kecil banking powder }
4 biji kuning telur
4 sudu teh air
Oats dan kacang tanah utk hiasan.

Cara2nya.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Pukul kuning telur dan air sehingga kembang
3. Tepung gandum, banking powder dan koko diayak sekali
4. masukkan telur dan tepung berselang seli kedalam adunan mentega. Jika adunan lembut masukkan tepung.
5. Bentukkan adunan seperti guli, golekkan dalam puteh telur yang telah di pukul sedikit. Lepas tu golekkan kedalam oats pulak.
6. Bubuh ke atas nya kacang tanah sebagai hiasan dan dibakar sehingga masak.

Biskut Badam

Bahan:
1¾ cawan mentega
¾ cawan gula pasir yang dah dikisar
3 cawan tepung gandum
100g badam kisar
100g badam dibuang kulit dan dihiris nipis
½ cawan tepung jagung
2 biji kuning telur - untuk disapu atas biskut

cara:
1. gula dan mentega digaul rata
2. masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit, gaul sampai sebati
3. masukkan badam kisar tadi, uli sehingga sebati
4. terapkan ikut acuan kesukaan anda
5. sapukan kuning telur dan susun badan hiris di atas setiap terapan
6. bakar laa... apa lagi... bakar macam buat biskut biasatu. Tak ingat berpa degree sebab main hantam je bakar dalam oven tu..

MAMA CARRIES


Bahan-bahannya

225 gm butter

75 gm gula icing

2 biji kuning telur

300 gm tepung gandum

90 gm tepung jagung

15 gm susu tepung (kita hentam susu baby jer...)

1 tsb esen vanila

1 sudu teh emplex (yg ni kita tambah sendiri...)


Pukul butter ngan gula hingga kembang...

Masukkan telur merah dan esen vanila, susu tepung, gandum dan tepung jagung.

Uli hingga sebati. Terap. Letakkan topping dan bakar selama lebih kurang 20-30minit pada suhu 180'C.


Topping

30 gm putih telur

150 gm gula icing

1 sudu besar tepung jagung

Esen vanila

Pewarna Pink


Pukul putih telur dan gula hingga pekat. Masukkan tepung jagung dan esen.

Bahagi 2, satu diwarnakan dengan warna merah jambu.

BISKUT KURMA ARABIAN NIGHT


Bahan A

300 gram kurma

100 gram kacang tanah

*bahan diatas digaulkan bersama dan dibulatkan


Bahan B

150 gram minyak sapi

150 gram mentega

200 gram gula aising

350 gram tepung gandum

500 gram tepung jagung

2 biji kuning telur

sedikit garam

sedikit pewarna cochineal merah, epal hijau dan kuning telur


Cara-caranya

1. Putar mentega, gula, garam, minyak sapi dan kuning telur sehingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul hingga rata.

3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.

4. Ambil sedikit setiap bahagian warna tadi. Letakkan Bahan A (inti) ketasnya. Kemudian bentukkan bulat dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.

5. Bakar dalam suhu 180 darjah C selama 30 minit.

PISTACHIO DELICACY

Bahan-bahannya
100 gram mentega
100 gram top flour, diayak
50 gram gula kaster
40 gram quaker oat, dikisar
20 gram tepung beras
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh emplex
1/2 sudu teh serbuk vanilla secukup
coklat putih dicairkansecukup
pistachio, bikar dan dikisar kasar

Cara-caranya
Mentega, garam, emplex, vanilla dan gula dikacau rata.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli sehingga rata.
Canai dan terap dengan acuan air mata,
bakar selama 12 - 15 minit dengan kepanasan 160 darjah C.
Angkat dan sejukkan.
Sapukan coklat putih cair diatas biskut dan taburkan pistachio.
Biarkan sebentar baru boleh disimpan.

BISKUT COFFEE BEAN

Bahan A
270 gram mentega, dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil
300 gram tepung Hong Kong, diayak
180 gram tepung gandum, diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes, dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean untuk hiasan

Bahan B
1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi
310 gram icing sugar atau secukupnya

Cara untuk Bahan A
Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul dengan "K" beater sehinga rata dan sebati.
Masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga rata.
Perapkan selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150 darjah C.
Ambil sedikit adunan, canai rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm.
Atur dalam dulang biskut dan bakar selama 25 - 30 minit atua sehingga garing dan masak. Hiaslah setelah sejuk.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan jus limau dipukul dengan menggunakan "K" beater sehingga rata.
Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga sebati.
Semasa hendak digunakan isikan dalam piping bag dan picit.

Cara menghias Biskut
Picitkan sedikit bahan B diatas bintang 3 cm.
Kemudian aturkan bintang kecil diatasnya.
Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean.